6. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Maksud: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh Ayat: Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Maksud: Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
Contoh Ayat: Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
8. Air pun ada pasang surutnya.
Maksud: Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh Ayat: Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan .
9. Air sama air, sampah ke tepi juga.
Maksud: Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.
Contoh Ayat: Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
10. Air dicincang tidak akan putus.
Maksud: Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh Ayat: Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik semula kerana air dicincang tidak akan putus.
"Pepatah dan Bidalan Melayu".
Sunday, 20 July 2014
"Pepatah dan Bidalan Melayu".
1. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Maksud: Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.
Contoh Ayat: "Kamu ni Qila, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut." kata Afiq.
2. Alah sabung, menang sorak.
Maksud: Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh Ayat: Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
3. Seperti lembu dicucuk hidung.
Maksud: Orang yang sentiasa menurut kemahuan orang lain.
Contoh Ayat: Shafiqq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama. Bak kata pepatah, seperti lembu dicucuk hidung.
4. Alah bisa, tegal biasa.
Maksud: Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau dibuat.
Contoh Ayat: Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
5. Alah membeli, menang memakai.
Maksud: Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan lama.
Contoh Ayat: Saya tetap membeli baju raya yang mahal harganya itu kerana saya telah percaya alah membeli, menang memakai.

Subscribe to:
Posts (Atom)