Sunday, 20 July 2014

"Pepatah dan Bidalan Melayu".

1. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Maksud: Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.
Contoh Ayat: "Kamu ni Qila, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut." kata Afiq.

2. Alah sabung, menang sorak.
Maksud: Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh Ayat: Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.

3. Seperti lembu dicucuk hidung.
Maksud: Orang yang sentiasa menurut kemahuan orang lain.
Contoh Ayat: Shafiqq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama. Bak kata pepatah, seperti lembu dicucuk hidung.

4. Alah bisa, tegal biasa.
Maksud: Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau dibuat.
Contoh Ayat: Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.

5. Alah membeli, menang memakai.
Maksud: Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan lama.
Contoh Ayat: Saya tetap membeli baju raya yang mahal harganya itu kerana saya telah percaya alah membeli, menang memakai. 






                                           

No comments:

Post a Comment