6. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Maksud: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh Ayat: Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Maksud: Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
Contoh Ayat: Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
8. Air pun ada pasang surutnya.
Maksud: Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh Ayat: Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan .
9. Air sama air, sampah ke tepi juga.
Maksud: Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.
Contoh Ayat: Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
10. Air dicincang tidak akan putus.
Maksud: Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh Ayat: Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik semula kerana air dicincang tidak akan putus.
Caesars Casino Bonus Code - Dr.MCD
ReplyDeleteFind 속초 출장마사지 all our Caesars Casino promo codes, 시흥 출장마사지 bonus codes, and promotions for 파주 출장샵 2021. Get exclusive Caesars 서산 출장마사지 Casino bonus codes & 순천 출장마사지 promo codes.